APAKAH ITU JAWI TRANSLATER VER 5.0
Jawi Translater ver 5.0 adalah perisian yang direkacipta khas untuk mengatasi beberapa kekangan yang berkaitan dengan masalah yang melibatkan terjemahan perkatan rumi dan jawi. Ianya direkabentuk supaya mempunyai antaramuka yang menarik dan mudah difahami oleh pengguna.
Perisian Jawi Translater ver 5.0 juga amat sesuai digunakan oleh para guru, pelajar dan pekerja am dan swasta. Ia memudahkan proses terjemahan perkataan rumi ke jawi dan jawi ke rumi. Anda boleh memahami dengan lebih mendalam tentang perisian ini dalam penerangan di bawah.
Dengan menggunakan perisian ini, anda hanya perlu menulis perkataan dan membiarkan pemproses menterjemahkan perkataan samada dari rumi ke jawi ataupun dari jawi ke rumi. Mudah dan sangat menjimatkan masa anda.
Begitu juga dengan proses menyiapkan tugasan ataupun tesis anda hanya perlu menulis rumi di ruang yang disediakan dan biarkan pemproses menterjemahkan sendiri perkataan yang telah ditulis tadi. Mudah bukan?
Dalam proses menyiapkan perisian ini, pihak perekacipta telah merujuk kepada beberapa buku dan laman web jawi bagi memastikan perkataan yang diterjemahkan tidak bersalahan dengan ejaan jawi dan rumi yang akan digunakan. Ianya amat penting bagi memastikan pengguna berpuas hati dengan produk yang dikeluarkan oleh pihak kami.
Dengan harga Rm65.00 perisian ini didapati amat sesuai digunakan oleh pengguna yang mencari proses alternatif untuk menyiapkan tugasan atau kerja yang berkaitan dengan dua perkataan tersebut. Bersama-sama kita memartabatkan tulisan dan perkataan jawi untuk generasi akan datang.
MENGAPAKAH SAYA HARUS MEMILIKI JAWI TRANSLATER VER 5.0
- Pembelajaran yang interaktif.
- Mempermudahkan pembelajaran j-QAF berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
- Memudahkan penyediaan kertas soalan oleh guru.
- Kemaskini perbendaharaan kata dari semasa secara percuma melalui laman web.
- Membolehkan penambahan perbendaharaan kata sendiri (self-insertion)
- Disemak dengan panduan ejaan dari Buku Daftar Kata Melayu - Dewan Bahasa dan Pustaka
- Percuma Cd Al-Quran
ANTARAMUKA JAWI TRANSLATER VER 5.0
Menu Utama Perisian Jawi Translater ver 5.0
Pada Menu Utama di atas, anda boleh melihat menu terjemahan perkataan jawi, Nama Pilihan Dalam Islam bagi mereka yang ingin mencari dan merujuk nama-nama dalam Islam, Contoh Bahan Translater, Bantuan Pengguna dan Pilihan untuk keluar dari perisian ini.
Terjemahan Ayat dari Jawi ke Rumi
Terjemahan Ayat dari Jawi ke Rumi
Carian Nama dalam Islam
Carian nama ini boleh dilakukan dengan menaip Nama yang ingin dicari, berdasarkan erti nama, ataupun Nama tersebut dalam bahasa Arab. Di samping itu, untuk memudahkan carian anda, terdapat pilihan jantina di bawah ruang carian di atas.
Nama Pilihan Dalam Islam
Carian Nama Berdasarkan Maksud Nama Itu Sendiri
Hasil Carian Nama Dalam Islam
(Jawi Translater, Percuma CD Al-Qur'an, dan Pilihan Nama-nama Dalam Islam)
0 comments:
Post a Comment
Tajuk